Bajet 2023 pertanian dibentuk hasil daripada pendekatan dan usaha secara konsultatif dan inklusif bersama oleh pelbagai pemegang taruh.
Maka di atas iltizam tersebut, Bajet 2023 yang ditemakan sebagai “Keluarga Malaysia: Makmur Bersama”, seiring dengan agenda Bajet 2023 yang resposif, bertanggungjawab dan reformis serta ke arah memastikan kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan, kemakmuran ekonomi kecekapan perkhidmatan Kerajaan.
Baca juga artikel berkaitan : Pentingnya Penggunaan Teknologi dalam Pertanian
Berikut adalah 20 inisiatif daripada kerajaan bagi memperkasakan sekuriti makanan negara:
1. Subsidi & Insentif Pesawah dan Nelayan
RM1.8 BILION (Harga padi, baja padi, benih padi sah, benih padi huma & insentif pengeluaran padi serta insentif tangkapan hasil nelayan)
2. Program Pelaburan Agrovest
Link: Manfaat pertanian Mof
RM250 JUTA (Penyediaan dana permulaan oleh Agrobank kepada syarikat pemula pertanian berteknologi moden)
3. Bantuan kepada Pesawah Padi
Bajet 2023 untuk pertanian untuk bantuan ini disasarkan RM228 JUTA (Bantuan khas kepada pesawah RM200 sebulan untuk tempoh 3 bulan atau semusim kepada 240,000 pesawah
4. Menyokong Usaha Pertanian Lestari
RM56 JUTA (Peruntukan kepada MAFI untuk pelbagai inisiatif seperti pembangunan kelestarian agromakanan)
5. Skim Perlindungan Pertanian
Melindungi daripada sebarang risiko luar kawalan
6. Galakan Cukai bagi Projek Pengeluaran Bahan Makanan
Perlanjutan tempoh sehingga 2025 dan perluasan skop merangkumi projek pertanian moden berasaskan Controlled Environment Agriculture
7. Skim Pembiayaan Agrofood BNM
RM1 BILION (Untuk pengusaha agromakanan meningkatkan produktiviti)
8. Dana Pinjaman Kerajaan
RM10 BILION (Penyaluran dana oleh Bank Negara Malaysia kepada PKS bagi menggalakkan aktiviti automasi pendigitalan)
9. Jaminan Pembiayaan
RM9 BILION (Pembiayaan baharu kepada PKS oleh Syarikat Jaminan Pembiayaan termasuk sektor agromakanan) untuk bajet 2023 untuk pertanian
10. Pelaburan GLC dan GLIC dalam projek Sekuriti Makanan
RM1.35 BILION (Peranan GLC dan GLIC sebagai nadi penggerak ekonomi negara)
11. Dana Impak untuk bajet 2023 untuk pertanian
RM200 JUTA (Fokus untuk meningkatkan pendapatan & produktiviti pekebun kecil)
12. Tabung Modal Pusingan Suruhanjaya Koperasi Malaysia
RM100 JUTA (Pembiayaan bagi membantu koperasi mengembangkan industry agromakanan
13. Pemberian Elaun Modal Dipercepatkan dan Pengecualian Cukai Pendapatan 100%
Pengecualian cukai pendapatan 100% ke atas perbelanjaan modal ke atas perbelanjaan modal bagi memacu produktiviti serta meningkatkan kecekapan melalui automasi dalam sektor pertanian yang mengadaptasi IR 4.0 pengusaha sistem reban tertutup.
14. Perlanjutan Insentif Cukai sehingga 2024 dan Pengecualian Cukai Pendapatan 100% bagi Syarikat Berstatus BioNexus
Meningkatkan produktiviti pertanian serta membangunkan pendekatan pertanian lebih mesra alam.
15. Projek Tenusu di Chuping, Perlis
RM80 JUTA
16. Program Pembangunan Semula Hasil Baharu
RM40 JUTA (Menggalakkan pekebun kecil meneroka pendapatan baharu selain getah seperti makanan jangka pendek)
17. Inisiatif Agropenjara
RM10 JUTA (Aktiviti pertanian bagi banduan, 70 hektar tanah penjara)
18. Program Mengoptimumkan Tanah Terbiar
Memanfaatkan tanah-tanah terbiar di bawah MAFI dan agensi yang berkaitan
19. Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia
Memberi fokus kepada galakan tanaman makanan rendah SSL seperti cili, halia & kobis.
20. Penyelenggaraan Jalan Pertanian Negeri
RM5.2 JUTA ( Perluasan skop MARRIS merangkumi kerja penyelenggaraan jalan pertanian negeri di bawah seliaan Lembaga Kemajuan Pertanian)
#myDOA #bajet2023 #KeluargaMalaysia #MakmurBersama