The Tawakkal

RM15 juta untuk Geran Agropreneur Muda

GERAN AGROPRENEUR MUDA

List Contents

Share this story

Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) memperuntukkan RM15 juta menerusi Geran Agropreneur Muda (GAM) pada tahun 2022.https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/03/938903/mafi-sedia-rm15-juta-geran-agropreneur-muda

Program GAM ini menjangka membawa manfaat kepada 750 usahawan.

Antara Objektif Program Agropreneur Muda  adalah seperti berikut:

  1. Menarik golongan muda berumur di antara 18 hingga 40 tahun untuk menceburi bidang pertanian.
  2. Mengubah persepsi golongan muda terhadap sektor pertanian sebagai industri yang berdaya maju.
  3. Meningkatkan pendapatan agropreneur muda melalui peningkatan produktiviti pengeluaran, kualiti produk dan penggunaan teknologi dan inovasi serta penyediaan pasaran yang kompetitif.
  4. Menjadikan industri agromakanan sebagai bidang kerjaya masa depan yang menjana pendapatan yang mampan

Dalam Berita Harian bertarikh 26 Mac 2022 Timbalan Menterinya, Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata, penyediaan geran yang menjadi sebahagian Program Agropreneur Muda.

Diharap membantu meningkatkan ekonomi golongan muda dalam bidang pertanian (Tanaman, ternakan, perikanan, industri makanan).

“Sejak Program Agropreneur Muda diperkenalkan pada 2016, sejumlah RM137 juta nilai geran diluluskan kepada 7,699 usahawan seluruh negara.

“Kerajaan sentiasa memberikan galakan dan bantuan serta insentif dalam memastikan golongan muda dapat meneruskan usaha

Bahkan dapat memberi pulangan yang lebih meyakinkan dan lumayan,” katanya selepas merasmikan program Jelajah Agropreneur Muda (JAM) peringkat negeri Perak di Pusat Tranformasi Luar Bandar (RTC) Gopeng hari ini.

Ahmad berkata, di Perak sahaja seramai 976 usahawan menerima kelulusan GAM bernilai RM13.5 juta sejak 2016.

“Ini bermakna Perak berjaya mendapat sekurang-kurangnya 10 peratus daripada peruntukan yang kita salurkan kepada seluruh negara,” katanya.

Bercakap mengenai program JAM, beliau berkata, ia mempromosikan bidang pertanian pada golongan muda menerusi pendekatan turun padang.

“Sebenarnya cara pendekatan ini cukup bertepatan sekali, bukan sahaja kita dapat mendekati mereka tetapi dapat memberi banyak taklimat dari segi bantuan dan khidmat nasihat tentang keperluan golongan muda untuk menyertai pertanian.

 

“Khidmat nasihat serta kursus bimbingan juga diberikan kepada usahawan muda ini mengenai cara pertanian moden dan mengaplikasi kaedah terkini yang boleh meningkatkan pendapatan dan keluaran masing-masing,” katanya.

 

 

Author