Kumbang kutu atau Bahasa Inggerisnya Flea Beetle kebiasaannya boleh ditemui pada tanaman jenis krusifer seperti sawi, kalian dan tanaman sejenis dengannya.
Ianya bewarna hitam dan jalur panjang ke belakang, jenis yang melompat bila diganggu.
Ukuran serangga ini 2.5mm
Biologi Kumbang Kutu (Ringkasan).
Kalau tuan puan perasan, telurnya sebiji-sebiji atau 2-3 biji di atas daun atau di dalam tanah berhampiran pangkal tanaman.
Telurnya berwarna hijau dan boleh menetas dalam masa 3-4 hari.
Dari telur menjadi ulat sudah pastinya.
Ulatnya berukuran 3mm. bewarna putih kuning-kekuningan dan kepala warna perang.
Tempoh masa tumbesaran ulat ini ialah 10-14 hari.
Ketika berada di dalam kepompongnya, ia mengambil masa 4-5 hari. Kepompong ini kebiasaanya terdapat pada pangkal tanaman dan bewarna putih.
BACA: Artikel Berkaitan Ulat Pelombong Daun
Bermula dengan telur, larva (ulat), dan kepompong
Kerosakan kumbang kutu
Ulat yang baru menetas bergerak terus dari pangkal pokok ke dalam tanah dan memakan akar, dan pangkal anak benih menyebabkan anak benih mati.
Serangga dewasa memakan daun sawi sehingga menyebabkan daun sawi berlubang-lubang.
Kawalan untuk kumbang kutu
Pastikan kawalan dilakukan dari peringkat awal tanaman dengan menyembur racun atau kawalan serangga perosak. Sila patuhi arahan dan label pada botol racun dan gunakanlah dengan berhati-hati seperti yang disarankan