The Tawakkal

Siri 1- Serangga Ulat Pelombong Daun

Ulat Pelombong Daun

List Contents

Share this story

Antara serangga perosak sawi adalah Ulat Pelombong Daun atau dalam bahasa Inggerisnya Leaf miner.

Sawi adalah tanaman yang mudah untuk kita tanam di sekitar rumah.

Namun, ada beberapa serangga perosak dalam perjalanan kita menanam tanaman yang cukup sinonim dengan kita ini iaitu ulat pelombong daun.

Serangga ini banyak menyerang daun daun sayuran, daun pada tanaman buah buahan dan bunga bungaan juga ada yang terkena.

Binatang pelombong daun ini kebiasaannya menyerang tanaman jenis kekacang, sayur jenis krusifer dan tomato.

 

Biologi serangga ini ialah lalat kecil kira kira 1.7-2.3mm.

Mata merah, toraks berwarna hitam, berbelang kuning antara toraks dan abdomen.

Seperti serangga yang lain, pelombong daun ini juga kitaran hidupnya dari TELUR-LARVA-PUPA-DEWASA.

Serangga ini bertelur di dalam daun. Bujur ukuran 0.15-0.22mm berwarna putih krim. Menetas pada 4-6 hari.

Kepompongnya bewarna kuning keemasan di atas daun. Terdapat 2 bintik kemerah-merahan seperti mata di bahagian depan. Jangka kepompong ialah 7-14 hari.

 

Kerosakan

 

Kerosakan oleh binatang ini (ulat melombong di dalam daun) mengakibatkan lingkaran pecah pada permukaan daun.

Serangan yang teruk oleh ulat pelombong daun ini akan menyebabkan daun menjadi kering dan kelihatan lingkaran coklat.

Hal ini kerana proses fotosintesis terjejas apabila banyak permukaan daun dirosakkan.

 

Kawalan Ulat Pelombong DaunĀ 

 

  • Boleh gunakan pelekat serangga seperti pelekat kuning.
  • Cantas daun yang diserang dan dibakar. Ia mungkin nampak merugikan, tapi dari masalah ini terus berlarutan, baik bakar dan tanam baru. Cara ini akan menghapus kitaran hidup serangga ini di tempat penanaman kita.
  • Sembur dengan racun atau kawalan serangga yang disyorkan (sila patuhi arahan pada label racun dan kawalan serangga).
Pelombong Daun
Pelombong Daun

Walau pun serangan ulat ini agak mudah dikawal berbanding dengan serangan perosak lain tetapi anda perlu mengenali dan tahu berkaitan serangga dan jelas bagaimana hendak mengawalnya.

Kegagalan kita semua untuk jejak serangga ini di kawasan kita menanam akan menyebabkan pendapatan berkurangan disebabkan

  • mutu hasil rendah,
  • kuantiti yang sedikit dan
  • harga pasaran yang rendah.

http://www.agriculture.gov.bn/SiteCollectionDocuments/CPU%20FAQs/Serangga%20Perosak%20Utama%20Sawi.pdf

Author