Kenapa pentingnya teknologi di dalam bidang Pertanian?. Ianya adalah untuk
- meningkatkan hasil pengeluaran dan
- mengurangkan kebergantungan kepada tenaga buruh.
Perlu kita sedar, menurut jangkaan pada tahun 2050, populasi dunia akan meningkat sebanyak 9.8 bilion dan keperluan makanan dunia pada waktu itu dijangka akan meningkat sehingga 70 peratus.
Dikhabarkan kaedah pertanian sedia ada sekarang tidak mampu untuk memenuhi peningkatan keperluan makanan ini.
Adaptasi teknologi dalam sektor pertanian boleh dilakukan bagi meningkatkan hasil pengeluaran serta kualiti produk pertanian.
Teknologi
Sebagai contoh mudah, Pertanian Tepat dalam sektor penanaman padi, penggunaan teknologi dalam pengeluaran padi dapat meningkat dan menggalakkan operasi komersil berskala besar sama ada dalam bentuk sistem perladangan berkelompok atau estet.
Pertanian Tepat adalah teknologi berasaskan maklumat dalam sistem pengurusan pertanian yang menggabungkan amalan pertanian yang sesuai bagi mengurus kebolehubahan di ladang untuk memastikan keuntungan yang maksimum dan meningkatkan produktiviti serta pengeluaran pertanian mampan.
Dalam pakej Pertanian Tepat ini, tiga teknologi yang dibangunkan adalah:
- sistem penentuan indeks perataan tanah secara automatik,
- sistem penaburan benih secara kadar boleh ubah
- sistem pembajaan kadar boleh ubah.
Secara tidak langsung, Pertanian Tepat ini dapat membantu masalah global yang dihadapi oleh para petani. Ini termasuklah kekurangan sumber air, variasi cuaca yang tidak menentu, kos tenaga yang semakin meningkat dan kekurangan sumber tanah.
Teknologi mengurangkan Kebergantungan tenaga buruh.
Bagi masalah kebergantungan kepada tenaga buruh, bukanlah tiada langsung ‘manforce power” tetapi hanya diperlukan pada bahagian-bahagian utama sahaja.
Di samping itu, perlu juga kita sedar bahawa kebergantungan industri makanan tempatan kepada tenaga buruh asing juga perlu diperhalusi dengan lebih cekap kerana ketika ini 75 peratus pekerja dalam sektor perladangan adalah buruh asing.
Kebergantungan kepada tenaga buruh asing ini bertambah kritikal ketika pandemik COVID-19 melanda sehingga kekurangan tenaga kerja di sektor perladangan memberi impak kepada hasil pengeluaran tanaman dan bahan mentah, sekali gus harga produk makanan melambung berikutan permintaan dan penawaran tidak seimbang.