Ulat ratus Antara perkara yang ditakuti oleh petani sayuran hijau
Masalah ulat ratus disebabkab oleh serangga seperti gambar di atas yang bernama Spodoptera Litura memang biasa. Kebiasaannya serangga ini ada di kawasan penanaman padi dan sayur-sayuran.
BACA JUGA ARTIKEL LAIN BERKAITAN SERANGGA PEROSAK SAYURAN HIJAUĀ
Ciri-ciri serangga
Ciri serangga ialah sayap bewarna perang gelap, berjalur serta bercarik-carik kuning dan tompok-tompok perang.
Ukuran badan 20mm
Telur serangga ini berkelompok di atas daun, bewarna hijau pucat, diselaputi bulu perang yang halus dan pendek. Telurnya menetas dalam masa 3-5 hari.
Ulatnya mempunyai 2 tompok hitam di sisi badan.
Apabila besar, ulatnya bercorak dan mempunyai tompok hitam, satu jalur kuning memanjang ke belakang, dan satu jalur di bahagian sisi.
Kalau anda perasan, kepompongnya berada di atas tanah di sekitar pangkal pokok.
Jangka masa kepompong 8-10 hari.
Kerosakan ulat ratus
Kerosakan disebabkan ulat ini boleh dilihat apabila hanya tinggal rangka daun. Ulat-ulat ini menyerang secara berkumpulan semasa mereka kecil
Apabila mereka dewasa, mereka berselerak.
Pucuk dan daun muda dimakan dari tepi daun hingga tinggal rangka.
Kawalan Ulat Ratus
Pastikan kawalan dilakukan di peringkat awal dengan menyembur racun atau kawalan serangga organik.
Ulangi semburan beberapa kali.
Telur boleh dipungut dan dimusnahkan dengan menggunakan tangan.